5 Disember 2015 - 13:53
Jet Russia terus gempur lori tangki minyak Turki di Syria

Lori tangki Turki terus digempur jet pejuang Russia

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Deretan lori tangki minyak kepunyaan Turki musnah dalam satu operasi yang dilancarkan jet pejuang
Russia semalam.

Berasaskan laporan ini, tentera Russia melancarkan operasi tersebut setelah memantau pergerakan kumpulan pengganas IS (Negara Islam) yang
cuba menyeludup minyak yang dicuri ke ke Turki.

Namun, yang mengejutkan banyak pihak ialah terdapat pasukan pemadam api yang lengkap berpakaian bomba tiba di tempat kejadian sejurus
selepas serangan.

Sementara itu, kerajaan Russia berikrar akan terus membongkar sikap talam dua muka Turki yang masih tidak mengaku mencuri minyak dari Syria
selepas tenteranya bertindak menembak jatuh sebuah jet pejuang Russia baru-baru ini.

........................